Isnin, 24 Ogos 2015

Implied Love

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
"Implied Love"
 Tidak hadir cinta tanpa keikhlasan dan ketulusan di jiwa. Tidak juga hadir cinta tanpa ada pengorbanan dan kesabaran kerananya.
Cinta tidak melesukan, malah ianya sebagai tombak kekuatan. Semakin diasah, semakin tajam. semakin digilap, semakin berkilat. ketajaman yang menusuk segala dosa yang mendekatinya. Juga perisai segala gundah di jiwa. kerana cinta terlalu suci sifatnya.
Betapa kekuatan cinta itu menzahirkan apa yang tidak terzahirkan. Segala kesedihan di bawa bersama cinta. Benar, kekuatan cinta itu luar biasa. Jika perasan, insan yang bercinta terlalu tinggi keinginannya. Menyerahkan segala-gala untuk memastikan kekasihnya bahagia. Walaupun kekasihnya tidak merasai apa yang dirasainya. Walaupun tidak diberi penghargaan dan balasan sewajarnya. Dia tetap dengan tekad dan kesungguhannya kerana dalam hatinya punya cinta. 
Cinta tidak semestinya kau zahirkan daripada ayat-ayat cinta yang memanisi. Ia tiada dapat ditafsir melalui luahan hatimu sendiri. Di lubuk hati  insan yang bercinta tahu, betapa kata-kata cinta yang diucapkan itu jauh tidak sama nilainya dengan apa yang dirasainya. Jauh lebih hebat. Walapun Si Pencinta seorang penyair sejati, mahupun penulis bait-bait cinta yang suci. Ianya tetap jua tidak dapat dilafazkan apa yang dimaknakan hatinya. Tiada siapa faham kecuali jiwa-jiwa insan yang bercinta.
Dengan cinta itu, Seorang hamba mengabdikan diri pada TuhanNya. Dia sanggup kehilangan segalanya asalkan cintanya mekar bersama kekasihnya. Dia hidup dengan cinta. Dia bahagia dengan cinta. Dengan cinta ini juga, Ibu Ayah sanggup bergadai nyawa demi anak yang dikasihinya. berkorban segala asalkan cintanya memiliki segala. Dia puas dalam bercinta. Ia menutup lubang-lubang kekurangan hingga saling melengkapi dan sempurna akhirnya.
Kerana cinta juga, aku menulis. Sungguh, peribadimu membuatkan hatiku luluh setiap hari. Dia menguatkan aku tatkala aku sudah tidak berdaya menahan segala-galanya. Ibu Ayah, kalian cintaku. Terkadang bibir tidak terluah, kerana cinta terlalu suci untuk diluah oleh mulutku yang berdosa, oleh itu, aku simpan ia bersama-sama Yang Maha Suci. Hanya Dia selayaknya menjaga cinta kita. :)

Tiada ulasan: