Jumaat, 24 April 2015

kasih ayah setinggi gunung, kasih ibu sedalam lautan

Bismillahirrahmanirrahim,
Hati ini memandu tangan untuk menuturkan setiap butir-butir rasa hati. walaupun ianya tidak terluah melalui kata, sedikit coretan mungkin dapat meredakan jiwa yang bergelora.

Pulang ke kampung halaman dengan perasaan gembira. moga di sana ada ketenangan dan disusuli dengan kebahagiaan setalah selama dua bulan tidak bertemu keluarga tercinta, hanya meluahkan di alam maya, ianya masih berbaki, dan tidak akan habis, 

Sampai di Stesen KTM disambut oleh ayah. riaknya biasa, ada terselit rasa senang di wajahnya, kami bersalaman, namun genggamannya tidak sekuat dulu, badannya kurus, agak cengkung. "ayah, kenapa ayah nampak susut?". dengan lagak biasa, seperti tiada apa yg berlaku pada dirinya " ayah saja kurang makan sekarang,". Allah, pandai ayah menyimpan segala penatnya, segala lelahnya. hati seakan-sekan ditusuk sembilu bisa. satu persatu terhiris di jiwa, ianya pedih, sakit, sikit-sikit ianya menghakis. 

Ayah menghidapi Minor Cardiac Attack. Ibu kata 90:10. Sepatutnya ayah akan dibedah untuk letakkan 3 stand di jantungnya, 

setiap saat bersama mereka merupakan saat yang bahagia. meskipun iamya terpaksa menahan segala pedih. Allah. 

Padamu anak-anak soleh/solehah. bawalah bersama-sama kasih sayang orang tuamu di dalam hatimu. cinta yang paling menusuk adalah bilamana kau mencintai orang taumu dengan sepenuh hati, ianya sangat padan kerana mereka tidak pernah lelah dalam mencintaimu. mereka gagahkan jiwa mereka demi menjagamu. mereka menahan kesakitan di hadapanmu, wahai anak. kerana mereka takut anak-anak mereka sedih, mereka risau anak-anak mereka bersusah-payah. sedarkah kita ? 



Tiada ulasan: