Selasa, 25 Disember 2012

Teman berkasih di jalan Allah

TEMAN? apa yang hebat benar perkataan ini? eleh. cuma tulisan saja. cuma panggilan saja. cuma ungkapan saja pun. tidak ada apa-apa lah dengan perkataan ni.. 
buat insan yang menghargai sahabatnya, ungkapan serupa ini bagaikan merasuk mindanya, menusuk ke jiwanya hinggakan sebak dadanya bila diungkapkan perkataan ini. panahannya tidak dapat ditahan dan semakin hari semakin membuak-buak pula apabila mendengarnya.
pernahkah kita terfikir, aku ni ramai teman tapi mana semuanya di masa-masa aku kecewa dengan dunia, di saat aku memerlukan kata-kata semangat yang meruntun jiwa, dikala hati seperti mati pabila tiada seseorang disisi aku? ahh. dulu kau susah, aku yang selalu bersamamu. tapi bila kau dah senang, pandang muka aku pun kau tak mahu. kenapa ya?
mungkin kita terlalu mengharap pada yang tidak pasti atau mungkin kita belum lagi mampu membawa teman-teman kita bersama mengenal Ilahi kerana insan yang sentiasa bersamaNya tidak pernah lalai dalam bersahabat, tidak akan sewenang-wenangnya menyakiti sahabat dan tidak mungkin untuk melupakan sahabatnya kerana dia pasti suatu hari nanti, apabila berhadapan dengan Allah Ya Rabbi, dia tidak mahu disoal, mengapa kau tidak mengingati sahabat-sahabatmu untuk mencintai aku? mengapa kau tidak mendorong rakan-rakanmu ke jalanKu? 
ahh. takut.. takut sekali Ya Rahman. aku juga tidak mampu untuk memuaskan hati sahabat-sahabatku. ramai hati yang telah disakiti olehku. apakah masih kau pandang aku ya Allah? apakah kau masih menyayangiku lagi Ya Allah. 
Harapan aku cuma satu, aku ingin bersahabat kerana Allah. Ukhuwwah Fillah itu indah,teman. sungguh! tidak dapat dinafikan lagi. kita berasa kecewa dengan sikap sahabat-sahabat kita yang seringkali meninggalkan kita tetapi bila kita bersahabat kerana Allah, perasaan kecewa semuanya kita tepis dan belajar untuk memahami serta memaafkan..
teman, apakah kau cuma bersahabat denganku bila ada kepentingannya?
ingatlah teman, bersahabat atas kepentingan bukanlah persahabatn yang ikhlas kerana apabila hilang kepentingan maka lunturlah persahabatan. persahabataan yang tidak dibina atas asas ikhlas semata-mata kerana Allah tidak mungkin boleh mencapai tahap teman sejati.
persahabatan dan persaudaraan yang ikhlas pada jalan Allah sememangnya tidak harus dicemari oleh adanya sebab kepentingan dan keperluan yang berkisar kepada maksud duniawi.
teman, teman sejati ada pada ketika kita ditimpa musibah, ketika kita bukan siapa-siapa dan bukan apa-apa dan teman sejati tidak pernah mengubah segala tanggapannya mahupun perasaannya terhadap kita. dia hanya berharap agar kita sama-sama mendapat keberkatan dan kesenangan bersama di akhirat kelak. wallahu a'lam..

Tiada ulasan: