Jumaat, 14 Disember 2012

Al-Hadith Rasulullah S.A.W

Allahu Akbar~ Allahumma Sollu ala Saidina Muhammad~

sedikit perkongsian dari apa yang ana perolehi hari ni, kuliah petang Ustaz Tunggul Wahidon berkenaan beberapa hadith Rasulullah S.A.W (mari berselawat ke atas Baginda. hari ini "hari jumaat" selawat kita langsung diterima oleh Baginda")
Hadith ke-16 (kitab wallahu a'alam, ana tertinggal kelas sebelumnya)
Hakikat Ilmu.
ilmu terdiri daripada tiga cabang. 
CABANG PERTAMA: Ayat yang jelas (Al-Quran). dikatakan ayat yang jelas di sini bermaksud ilmu yang nyata tanpa ada sebarang kesalahan yang boleh dipertikaikan,tanpa keraguan,dan tidak dimansuhkan. kesimpulannya Al-Quran merupakan cabang ilmu yang pertama yang dapat kita rujuk jika berlaku sebarang kemusykilan.
CABANG KEDUA: Sunnah Rasulullah S.A.W (yang diamalkan mahupun ditegakkan). Hal ini bermakna, sunnah yang kita amalkan berterusan seperti membaca Al-Quran.
CABANG KETIGA: kewajipan yang adil atau kata lainnya amalan yang tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah. apabila amalan ini diamalkan, tiadalah kezaliman dan kesan buruk apabila kita laksanakannya.
semua amalan baik digalakkan meskipun pada dasarnya Rasulullah tidak mengamalkannya.
Hadith ke-17
Jangan malu untuk menghadiri majlis ta'lim(majlis ilmu)

Abi Waqid al-Laysiy meriwayatkan bahawa satu ketika Rasulullah saw duduk dalam masjid bersama orang ramai. Tiba-tiba datang tiga orang, dua orang tampil kepada Rasulullah saw sementara seorang lagi berlalu pergi.

Mereka berdua berdiri berhampiran Nabi saw, salah seorang daripadanya melihat terdapat ruang kosong lalu duduk di situ. Dan adapun yang seorang lagi duduk di belakang sementara yang ketiga berlalu pergi.

Setelah selesai majlis, Rasulullah saw bersabda : Tidak mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai tiga jenis manusia?. Adapun yang pertama dia berlindung kepada Allah maka Allah memberi perlindungan kepadanya. Yang kedua dia malu, maka Allah juga malu kepadanya dan yang ketiga dia berpaling maka Allah berpaling daripadanya. ( Riwayat Imam al-Bukhari: no 66 )

Keterangan :

Berdasarkan hadis Nabi saw terdapat terdapat tiga jenis manusia dalam menuntut ilmu:

Pertama : Penuntut ilmu yang terbaik.

Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Belajar dengan beradab, sentiasa berusaha untuk berada di depan dan memberi perhatian sepenuhnya kepada syarahan guru. Golongan ini mendapat ganjaran pahala, rahmat, reda dan keampunan Allah SWT. Mereka ini mendapat kebaikan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kedua : Penuntut ilmu yang sederhana.

Golongan ini menuntut ilmu dengan kesungguhannya tidak seperti golongan pertama disebabkan rasa malu dan sebagainya.mereka berada di belakang dan kurang memberi tumpuan semasa belajar. Mereka ini tetap mendapat kebaikan, keampunan dan pahala tetapi kurang berbanding golongan yang pertama.

Ketiga : golongan yang berpaling daripada menuntut ilmu

Golongan yang ketiga ini langsung tidak berkehendak kepada kebaikan dan ganjaran Allah. Mereka sentiasa ponteng dan tidak menghadiri majlis ilmu. Mereka mendapat kemurkaan Allah SWT akibat tindakan sedemikian. Golongan inilah golongan yang paling rugi di dunia dan di akhirat. Di dunia hidup dalam kemiskinan dan kehinaan sementara di akhirat mendapat kemurkaan dan azab Allah SWT.

jadi teman. pastinya anda yang bijak ketahui dari golongan manakah yang lebih baik. 
sedikit syair Imam As-Syafie yang telah diterjemah. beberapa syarat-syarat untuk mendapatkan ilmu.
1-harus punya kecerdasan
2-mesti tamak pada ilmu (tidak pernah merasa cukup dalam meraih ilmu Allah)
3-bersungguh-sungguh
4-ada biaya (maksudnya di sini, setiap insan yang menuntut ilmu perlukan beberapa biaya antaranya seperti yuran atau apa sahaja yang berkaitan dalam menuntut ilmu)
5-selalu berkomunikasi dengan tok guru(langsung dari gurunya. berkomunikasi disini boleh juga kita simpulkan pada dua aspek: 1-Jasmani (berbincang bersama tuan guru)
2-Rohani (mendoakan kebaikan buat tok guru)
6.mesti memakan masa yang panjang.
~maaf atas kelemahan diri dalam berkongsi ilmu Allah ini. pendapat anda atau pembetulan dialu-alukan :)
wallahua'lam. semoga kita selalu dalam dakapanNYA.

Tiada ulasan: