Selasa, 2 Ogos 2016

Ibu, adik nak coklat lagi

Di hingar jalan, aku melihat gelagat seorang anak kecil yang sedang menarik-narik baju ibunya sambil masih dalam esakan. Sangkaanku anak kecil ini meminta ibunya membelikan lagi coklat kegemarannya itu. 

"Ibu.. adik nak coklat tu lagi" 

Aku teruskan memerhati reaksi ibu itu terhadap anaknya yang sepenuh hati meminta-minta untuk dipenuhi keinginannya.

Sudah namanya ibu, mana dapat menahan hati melihat anaknya yang meminta. Dia akan sedaya upaya memenuhi segala impian anaknya walaupun dia juga tidak punya apa-apa. Sama ada ibu akan memilih untuk membelikan coklat yang lain ataupun membelikan sesuatu yang terbaik untuk anaknya.

Dalam jiwanya anak, walaupun sudah cukup tetapi masih tetap meminta-minta walaupun tidak perlu. Sekalipun terlitup pada jasad dewasa. 

kita sebagai hamba juga sentiasa menepuk-nepuk menginginkan lebih lagi dan lagi. Walaupun kita sudah dicukupkan, tetapi masih juga rasa belum puas dalam meminta. Itulah sifat hamba pada TuhanNya. 

Aku kira, anak kecil tadi menepuk-nepuk atas tujuan yang sama. 

Semoga rezeki kita sentiasa diberkati dan diredhai Allah selalu.