Jumaat, 28 Disember 2012

Pondok Akhirat :)


Assalamualaikum. alhamdulillah kita masih diberikan peluang menghirup udara segar di bumi Allah yang sangat indah ini. hanya sedikit perkongsian dari ana sebelum melangkah ke sekolah podok pada esok hari. teruja? ya sememangnya sangat teruja. walaupun semua kawan-kawan ana berpeleseran dan bertungkus-lumus untuk mencari kerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM diumumkan :)
Ramai yang tanya ana, mengapa ana tidak mahu bekerja? tak mahu cari pengalamankah? ana hanya menjawab ana hendak masuk pondok dulu sebabnya masa yang terlalu lama ni ana nak manfaatkan dengan ilmu agama. terkadang ana rasa ana sangatlah lalai dalam menjalani hidup ana di dunia ini. ana berharap agar ana dapat mentarbiahkan diri apabila ana menjinak-jinakkan diri pada ilmu Allah ini.
ilmu yang ada masih tidak layak untuk menelusuri syurga Allah, masih tidak cukup bekalan untuk menempuh hari akhirat. lagi-lagi ana yang hanya sekolah di sekolah kebangsaan biasa, tetapi bagi ana tidak salah kalau ana mendalami ilmu agama bahkan kita wajib menuntutnya. kadang-kadang rasa rendah diri terus-terusan mengiang di telinga apabila ana tidak duduk di sekolah agama. ramai juga sahabat-sahabat yang dari sekolah agama memberikan semangat untuk ana terus menuntut ilmu Allah, namun ada juga sebilangan kecil yang masih memandang serong pada kami yang hanya berpendidikan si SMK biasa. 
memang benar, sekolah agama sangat bagus bukan sahaja dari segi akademiknya malah sentiasa diberi pentarbiyahan rohani. tetapi ana rasa tidak perlu untuk kita memandang serong pada insan lain melainkan berdoa pada Allah supaya kami diberikan pukulan semangat yang hebat untuk terus berpaksi ke jalan Allah. 
mungkin inilah salah satu inisiatif ana untuk terus mencandui ilmu Allah. semoga ana diberi kesempatan juga seperti kalian untuk mengenal Allah dengan lebih dekat. pemergian ini bukanlah untuk menyahut cabaran ataupun membalas dendam pada sesiapa, cuma mengharapkan keredhaan Allah terus menyinari diri.ana doakan kalian sentiasa dalam dakapan Allah S.W.T
semoga pondok akhirat ini dapat membimbing insan-insan seperti ana. doakan ana ya, teman :)

Tiada ulasan: