Selasa, 4 Disember 2012

Qanaah merehatkan jiwa

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah...
kita masih lagi diberi kesempatan untuk memenuhkan dada dengan ilmu-ilmu Allah yang tidak dapat diukur walau dengan lautan yang dalam, walau tingginya gunung everest malah tidak juga kita ukur dengan keluasan sfera bumi..
Qanaah atau perasaan yang sangat mensyukuri nikmat Allah jika didalami makin sayang kita padaNYA, makin berterima kasih kita padaNYA, makin tidak lagi kita kisahkan hal-hal dunia yang semakin mencemburui iman-iman kita.
namun, masihkah lagi ramai remaja-remaja kita mengejar sifat Qanaah ini ? atau hanya membiarkannya bagai masa yang sering meninggalkan kita.
KENAL ERTI BERSYUKUR KEPADA ALLAH
insan yang Qanaah tidak pernah membiarkan Allah jauh daripadanya, risau apabila Allah tidak lagi memeluk jiwanya, sentiasa bersyukur  dengan segala yang Allah beri. langsung tidak mahu mengungkit apa yang telah diberi, apa yang tidak orang lain beri namun, sentiasa gembira dengan apa yang ada.
dari terjaga dari tidurnya hinggalah kembali kepada teratak kamarnya untuk tidur kembali, insan Qanaah ini tidak pernah  membiarkan jiwa,hati serta rohaninya pergi dan berpaling dari Ilahi malah berkobar-kobar untuk mengecap cinta Allah.
MATLAMAT UTAMA DUNIA HANYALAH MENAGIH KEREDHAAN ALLAH
bukan bermakna insan Qanaah ini jumud dan kolot dengan kemewahan dunia cuma tidaklah menjadikannya matlamat utama dalam hidupnya. umpamanya bila cuma ada selipar, dia tidak merungut untuk mamiliki kasut-kasut yang mahal kerana dia amat faham akan keadaan dirinya yang kurang mampu dan gembira sekali dengan pemberian yang Allah kurniakan walau tidak sama dengan  apa yang dimiliki orang di sekelilingnya.
keredhaan Allah itu sangat didambakan insan Qanaah dan tidak takut untuk dicaci dan dipulau oleh insan yang mengejar trend dunia.
REHATNYA JIWA INSAN QANAAH
jiwa Qanaah dikatakan rehat kerana bukanlah disebabkan dia tidak mahu untuk mengejar kerjaya dan tidak lah bermaksud rehat juga jiwanya untuk Allah. namun, insan Qanaah ini tidaklah sibuk-sibukkan diri dengan dunia yang melalaikan. tidak besifat taksub dengan material yang melalaikan malah sentiasa bersederhana dalam kehidupannya. dunia hanya mengisi jiwanya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan merapatkan diri dengan para ulama' dan bersahabat dengan bulatan ukhuwah sahabat yang membawanya mengingati Allah.
semoga kita dikurniakan sifat Qanaah ini agar Allah meredhai kita dan kita tidak selalu menyalahkan takdir dengan apa yang kita miliki. tidak perlu membanding-bandingkan kemewahan yang dikecap manusia lain malah sentaisa merasa cukup dengan pemberianNya. in shaa Allah. ALLAHU AKBAR!

Tiada ulasan: