Selasa, 4 Disember 2012

antara dua CINTA

Apa yang ada jarang disyukuri,
Apa yang tiada sering dirisaukan,
Nikmat yang dikecap 
Baru kan terasa hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman 
Dunia ibarat air laut 
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasti
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang.
Tuhan leraikanlah dunia
yang sedang mencengkam di dalam hatiku
kerana disitu tidak ku mampu 
mengumpulkan dua cinta 
hanya cinta-MU yang ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang ku bunuh.
~Pahrol Mohamad Juoi~

Tiada ulasan: