Sabtu, 1 Disember 2012

free free PALESTINE !

Bismillahirrahmanirrahim, with the name of Allah, i start this entry. 
PALESTIN? kenapa nak sibuk-sibuk pasal hal negara orang? negara sendiri pun masih banyak orang susah. ni nak bantu orang lain. yes! banyak sekali komen-komen daripada insan yang belum dibuka kan hati dan matanya untuk berjuang demi ISLAM tercinta bila dengar saja orang minta derma untuk selamatkan bumi anbiya tu kann.. sampaikan, hingga satu dunia pun sedang membincangkan isu hangat ni, dia sibuk jugak nak update status pasal kisah percintaan, kisah kehidupan dia yang banyak lagi yang hanya lagha (sia-sia) saja.


dah tak kisah dah pasal isu boikot ke, isu gencatan senjata ke, isu apa ke, yang penting lebih rela untuk berada di takuk yang lama. katanya, tak style langsung bila cakap pasal palestin. nampak alim sangat pulak. pada hal tanpa dia sedari, masa meninggalkan dia jauh dan jauhhhh tanpa dia kejar kembali.
kadang-kadang rasa malu juga dekat orang-orang NON-MUSLIM di luar negara semuanya turut serta dalam isu pembantahan pengganasan terhadap umat-umat islam. habis tu mana orang islam yang lain untuk bangkit sama-sama menetang ketidakadilan ini?


memang susah kalau nak ikut serta berperang, tapi tak salah kan kalau kita sama-sama ikut untuk menunjukkan sensitifnya kita dalam hal ni. ada pula yang update status cakap, apa hal nya semua orang nak boikot-boikot segala? bukannya boleh dapat apa pun. nak runtuhkan ekonomi yahudi konon. macam lah boleh.


kalau difikir-fikir logik, mungkin juga kita langsung tak ada nilainya di mata mereka tapi tak takut ke kalau-kalau Allah tanya suatu hari nanti. apa yang kau dah buat semasa hidupmu untuk selamatkan umat islam? 


kalau kita recall balik pada zaman Nabi Ibrahim a.s, si burung kecil ditertawakan oleh cicak/burung besar (ana pun tak berapa ingat) kerana hanya membawa beberapa titis air sahaja untuk memadamkan api. lalu ketawa besar cicak/burung besar tersebut dan berkata, takkan terpadamnya api tu kalau kau bawa hanya beberapa titis air, namun si burung kecil ini langsung tidak menghiraukannya dan terus saja dengan usaha gigihnya untuk memadamkan api yang telah menjilat tubuh nabi ALLAH itu.
burung kecil menjawab, aku amat takut bilamana nanti suatu hari pabila Allah bertanya kepadaku, apakah yang telah aku usahakan untuk memadamkan api itu, sedangkan aku tidak berbuat apa-apa.
kes ini sepertinya sama dengan isu ini. jadi kalau ada yang tanya kenapa nak sangat tolong umat islam kat negara lain tu, jawab jela, moga Allah meredhai kami. semoga kita sama-sama tiru usaha si burung kecil tu.


di zaman siber sekarang ni, amatlah mudah untuk semua menjadi dai'e atau imam muda dengan sedikit pengetahuan yang ada. cuba lah untuk share kan bersama-sama orang lain. harap-harap jiwa kolot yang ada pada segelintir umat islam ini dapat dibanteras sama sekali. ana juga tak layak untuk menulis bab-bab agama, tapi sekurang-kurangya, masih ada sedikit rasa resah dan gelisah melihat insan yang masih lena dibuai mimpi indah.


marilah sahabat, bantulah mereka bukan kerana mereka memerlukan kita, tapi sebenar-benarnya kita yang perlukan mereka. mereka ramainya sudah syahid dan pastinya dapat menetap di syurga Allah, namun kita??


kalau tidak berduit, doa untuk mereka. itulah kelebihan orang islam, senjatanya adalah doa. in shaa Allah, Allah akan membantu. BI IZNILLAH. IN SHAA ALLAH.


BIRRUH, BIDDAM, NUFDEEKA YA AQSA, YA SYRIA, YA ROHINGNYA, YA MUSLIMEEN WA MUSLIMAT~ ALLAHUAKBAR!!

Tiada ulasan: