Rabu, 21 November 2012

sedarlah wahai mujahid-mujahid sekalian!

for the sake of Allah, i write all these fact,

mengapa kita masih mengkongkritkan hati, menegakkan benang yang basah lencun, mengapa mengeraskan hatimu wahai umat islam sekalian.

sukarnya kamu menerima kebenaran bahawa dunia semakin ke penghujungnya. kenapa masih lagi mahu menidakkan apa yang benar, mengangkat apa yang salah, membidas para ulama' dengan hujah-hujah yang tampak cerdik tetapi sebenarnya tolol. 

kebenaran sudah jelas, semua kenyataan tidak dapat lagi kita pertikaikan, lalu apa lagi yang kau tunggu wahai mujahidin sekalian.

hanya kerana tawaran-tawaran hebat mereka kau terus lemah. sikap-sikap yang kau tunjukkan semuanya bagaikan yakin dan pasti syurga telah memilihmu untuk menjadi penghuninya.

hanya kerana kau sudah tukar default picture dengan gambar-gambar islamic, sudah update status semua berkenaan "free palestine", tapi hati dan rohanimu masih juga tidak bersama mereka.
tidakkah kau sedar, pentingnya ummah dan ukhuwah dalam agama, bukan kata hendak berperang dengan musuh-musuh islam, musuh dalam dirimu sendiri tidak dihiraukan. terus-terusan nafsumu menjadi keutamaan.

kita semua lah pejuang-pejuang islam yang mereka dambakan, kita jugalah barisan tentera yang mereka idamkan. bentukkanlah ia dengan harapan semuanya dapat mengembalikan keamanan juga keadilan umat islam. siapa lagi yang mahu membantu mereka kalau bukan saudara-saudara seislam mereka.

setiap tindakan yang kita lakukan demi membangunkan islam di jalan Allah, pastinya Allah tidak akan mensia-siakanmu. wahai Allah yang maha baik, maha mengerti dan yang maha adil, berilah kekuatan yang sewajarnya kepada para mujahid islam, bantulah mereka ya Allah, kami pasti janjimu semua adalah benar, kata-katamu adalah benar, syurgamu adalah benar.. semoga kami juga diletakkan sebagai seorang syahid dan dimatikan dalam khusnul khatimah..

ameenn ya rabb. peringatan untuk diri yang hina ini, para sahabat yang diredhai Allah. ayuhh. peganglah amanah ini. takbir ! Allahu Akbar. Birruh Biddam Nufdeeka Ya aqsa.

Tiada ulasan: