Rabu, 5 Disember 2012

TANGISAN MENGGONCANG DUNIA

Birruh Biddam Nufdeeka Ya Aqsa


tangisan yang selalu keesakan tidak lagi kedengaran. apakah mungkin semua ini satu kesudahan dan pembebasan? mungkinkah mereka sudah aman? lalu bertanya seorang lelaki kepada kanak-kanak yang ketawa bermain, bebas berlari ke sana-sini bagai burung yang bebas berterbangan tanpa sangkar yang menjeruk diri, apakah adik-adik tidak menangis? muka akhi yang bertanya itu tiba-tiba kesayuan. ditatap anak-anak tersebut dengan mata yang penuh yakin dan pasti. akhi.. kami pasti Allah bersama kami. walau hidupnya kami, walau matinya kami, kami akan bersama-samaNYA akhi..
jawapan daripada anak kecil itu menyedakkan hati si akhi. benar juga apa yang dikata. untuk apa berasa takut, anak-anak ini juga telah lama mengidamkan syahid bagi mereka hinggakan mati yang digeruni tidak lagi membelenggu fikiran anak-anak ini. apa yang pasti, Allah lah segala-galanya. mungkin juga sudah tiada air mata bagi mereka kerana terlalu kerap menangisi kepergian ahli keluarga dan orang tersayang.
tangisan yang menggoncang dunia ini telah banyak menarik tangan-tangan yang ikhlas dalam perjuangan ini, telah menyatukan kembali bulatan ukhuwah yang kian terbuka ikatannya, namun hebatnya tangisan ini hinggakan satu dunia turut menangisi epilog-epilog sayu mereka.
harapan mereka cumalah satu, mencari, menanti ,menunggu dengan dada yang pasti akan ketibaan khalifah-khalifah agung yang setanding khalifah-khalifah terdahulu. genggamlah erat tangan ini wahai mujahidin, marilah sama-sama kita bangkitkan kembali pejuang-pejuang islam yang digeruni, barisan-barisan islam yang disanjungi, walau diserang beribu kali, tidak menggoyahkan hati nurani. 
ALLAHU AKBAR!

Tiada ulasan: