Sabtu, 8 Ogos 2015

Makna Sabar :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Sabar merupakan kata am yang mempunyai pelbagai maksud yang luas. 

Secara umumnya, sabar bermaksud menahan diri ketika kesempitan atau menahan diri daripada perkara yang menyalahi akal dan syara'

Definisi sabar berbeza mengikut konteks:

1- sabar ketika ditimpa musibah, dinamakan sabar

2- sabar ketika berperang, dinamakan berani

3- sabar ketika menahan daripada bercakap, dinamakan rahsia

4- sabar ketika menahan diri daripada makan dan minum, dinamakan puasa

5- sabar ketika berterusan melakukan perintah Tuhan, dinamakan taat 

6- sabar ketika berselisih pendapat, dinamakan berlapang dada

#sumber: Mufradat Alfaz Al-Quran

Tiada ulasan: