Jumaat, 10 April 2015

Panggung Sandiwara :)

                      Dunia ibarat panggung sandiwara, beraksi sebentar kemudian turun dari pentasnya.
Setiap karakter cuba untuk memainkan peranan masing-masing. Setiap episod punya hero dan heroinnya.
                      Jika filem itu adalah filem berunsurkan Kisah percintaan romantis, Romeo dan Juliet, Shahjihan dan Mumtaz merupakan rujukan utama yang dijadikan contoh buat si pelakon tadi meniru-niru gayanya. 

                     Setiap inci kehidupan si karakter yang dirujuk tadi cuba untuk dihadamkan dan dengan harapan untuk mendapatkan "feel" yang sama seperti kisah hidup mereka.

                         Sampailah saatnya persembahan. Si hero dan heroin tadi cuba utk melakonkan setiap watak dgn baik. Dari mata kasar, ianya berhasil. Persis sekali dgn kisah percintaan Romeo dan Juliet, mahupun kisah cinta agung Shahjihan kepada Mumtaznya.

                     Maka para penonton menangis terharu dan bertepuk tangan, tanda berpuas hati dengan lakonannya.

                    Ketika akhirnya setiap bibit-bibit lakonan tadi, Si Hero dan Heroin itu mengambil tempat masing2 sebagai dirinya sendiri dan meninggalkan pentas lakonan itu dengan dibawa sekali setiap cinta yang kononnya berputik sebentar tadi.

                     Dia tetap dirinya dan kisah cinta itu tetap dengan kisahnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
              Sekalipun kisah cinta Romeo dan Juliet terpahat pada dada2 penggian kisahnya,
Namun tidak mungkin sama dengan mereka yang merasai kisahnya sendiri.

            Adapun jika kau merasai betapa peritnya kisah hidupmu, dan tiada sesiapa pun yg memahamimu, yakinlah Allah itu selalu ada utkmu.  

Oleh :
Wawa Qamar
sm
le emo

Tiada ulasan: