Jumaat, 13 Mac 2015

Berbeza Dosa

Bismillahirrahmanirrahim.
Pernah dalam hidupmu terlihat akan manusia yang berbuat dosa dan maksiat? atau ahli maksiat?
lantas apa yang sejujurnya menjadi kesimpulan di dalam fikiran?
"Ah, dia pendosa! jahat! kejam! aku belum pernah buat dosa itu, dosa ini, kau ahli neraka"
Mudahnya kita menginterpretasikan sesuatu, bukan?. 
Apa kita lupa kita juga selalu berdosa? 
cumanya Allah takdirkan dia berdosa pada jalan itu, dan kau berdosa di jalan ini. 
sama-sama berdosa, cuma jalan dosa itu berbeza. 
Ada insan yang Allah datangkan ujian AURAT. Baginya terlalu sukar untuk menjaga aurat. 
"nak tutup aurat tunggu jadi Ostajah dulu lah "??
ada pula insan Allah beri ujian atas batasan perhubungan sesama berbeza jantina (IKHTILAT)
"Tak apa, dia Ostat, Ostajah, tudung labuh dan serban tak pernah tanggal. Terlebih batas sikit pun okay je, jangan syadid sangat Sheikh, zaman milenia, NORMAL BHAII"
hakikatnya, dua-dua berdosa. cuma jalan DOSA yang berlainan. mungkin kita mulia disebabkan Allah tutup litup rapat segala aib-aib kita. kalaulah semuanya tahu, apa ada lagi yang mahu berkawan dengan kita?
Pandanglah ahli maksiat dengan pandangan kasih-sayang. bukanlah beza kau dan dia adalah dosa atau tidak dosa. bezanya cuma kamu berdosa di bahagian lain, dan dia berdosa di bahagian lain. hakikatnya sama-sama berdosa. :)

Nukilan : 
Wawa Qamar

Tiada ulasan: