Isnin, 9 Jun 2014

Motivate Yourself :)

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yg punya setiap genap semesta alam aku menulis. Dingin hari bertemankan lampu-lampu meja dan angin yang masih sudi bekerja lebih masa, patuh pada Maha Pencinta. terasa kelembutan bayu yang menyentuh pipi-pipi para mujahid.

Allahu Allah, betapa rasa hati ini sayu melihat diri yang terlalu hina. dibungkus dengan dosa dan maksiat. andainya aku ini ditakdirkan mati malam ini, bagaimana? andainya juga malam ini malam terakhir untuk aku beribadah padaMu, apakah aku sempat menebus segala dosa-dosa? ahh. takkan mungkin. Mustahil ! aku tak mungkin lulus dalam peperiksaan Kau wahai Allah. tetapi melainkan dengan rahmatMu jua iringan redha dan restuMu Allah :')

andainya di saat kau jatuh dan jatuh, jangan biarkan dirimu tersungkur lalu rebah. bangun ! bangun ! bangun wahai diri. mulakan balik hari-harimu dengan sesuatu yang membutkan kau tenang. dengan apa ? motivate yourself and believes, Allah knows better than what we know. jadi untuk apa terngiangkan lagi penyesalan yang tidak ada penyelesaian.

kiranya kau jatuh kerana meninggikan agama Allah, maka berbahagialah wahai hati. Allah sedang menguji setakat mana kau benar-benar relakan dirimu untuk berjuang di medan Allah. setakat mana penyerahan dirimu jua hatimu pada Allah.

berbekalkan surah muhammad ayat 7 :

jangan kau kesal akan keberadaanmu di Medan ini. sungguh ! kau diuji dan tiada kemanisan sebelum merasa kepahitan. tiada kesenangan sebelum mengharungi kepayahan. hidup seorang Mukmin itu ditaburi mehnah. disusuli onak yang berduri, juga dihiasi dengan peluh dan keluh kesah. 

andai perjuangan itu mudah, pasti ramai yang akan menyertaimu wahai Muahammad! namun ia ditaburi dengan duri-duri serta tidak dihamparkan dengan permaidani indah. tidak juga disambut dengan bunga-bunga wangi seharum darahmu wahai pencinta syahid.

motivation is not just about how we teach them to be a good person with a beautiful words, but it includes how we claim ourselves, how we trying to persuade ourselves to be good, more better and could be the best !

Tiada ulasan: