Isnin, 1 Ogos 2016

Dipenjara


ku sangkakan akulah pencinta
Yang mencintai sepenuh cinta. 
Lupanya aku pada alam
Yang sentiasa membuktikan cinta

Aku sangka akulah pencinta
Tatkala susah aku mencari cinta
Sedang alam mencarinya tanpa kira
Susah dan senang sentiasa dalam cintanya

Aku sangka akulah pencinta yang paling kuat cintanya
sedang dibaling kerikil kecil, sudah lari bertempiaran 
Belum lagi terkena jerkahan
jika yang besar, apa lagi yang aku loloskan. 

Aku menyangka akulah penyair cinta
Sedang aku sendiri gagal menginterpretasi cinta
Sedang merpati sentiasa dalam pembuktian cinta.
Mendahului syair-syair cintaku.

Aku menyangka akulah wira
Penyelamat dari dimakan rasaksa
Sedang melawani diri sendiri juga tidak bisa
Hanya bermadah pujangga di alam maya. 

Aku menyangka akulah pembakar cinta
Membuak-buak tatkala berhadapan denganNya
Sedang cintaku sentiasa bermusim
Adakala musim kemarau aku gersang dimamah cahaya. 

Aku menyangka akulah pencinta yang ikhlas,
Tidak meminta-minta balasan
sedari aku mula mencebik
Bila permintaanku tidak lagi ditoleh.

Apalah makna sepenuh cinta
Jika hanya menerima hanya yang bahagia
Diusap manja baru aku mengenal cinta
Bila diusik sedikit sudah tidak bermaya. 


Tiada ulasan: