Rabu, 16 Oktober 2013

Bagaimana mengenal keaiban diri ?

                        
              Seringkali kita mencari-cari keaiban orang lain sedangkan keaiban dan kekurangan diri yang jelas lagi nyata kita tidak perasan. 
             Oleh itu Imam Al-Ghazali telah mengusulkan beberapa cara bagaimana untuk kita mengenal keaiban diri:
1) Berguru dengan guru yang mursyid.
         Guru yang mursyid yang dimaksudkan disini adalah guru yang dapat mendidik dan mengajar kita lahir dan batin. Guru ini bersifat benar, bersih mata hatinya, menunjukkan kebenaran dan memberi teguran atas segala salah silap yang kita lakukan.
        Jika seseorang itu sudah dapat berdamping dengan guru yang mursyid ini, dia seolah-olah telah menjumpai seorang tabib atau doktor bagi penyakitnya. guru yang mursyid ini diibaratkan seperti seorang tabib atau doktor bagi kesalahan kita, dia menunjukkan jalan keluar bagi menebus kesilapan kita dan membantu kita untuk terus-terusan membaiki diri. kata-katanya menjadi pengubat rohani kita dan segala tingkah lakunya hendaklah dicontohi.
2) Bertemankan sahabat yang soleh.
Seseorang yang bertemankan sahabat yang soleh akan lebih mudah untuk mengubah dirinya kerana kejujurannya, pergaulannya yang baik, sentiasa mengingati batas-batas yang ditetapkan Allah. Para hukama' dan Ulama' ada mengatakan; "Mencari seorang sahabat yang baik dan soleh di akhir zaman ini adalah mustahil."
sahabat yang sebenar adalah sahabat yang boleh kita hidup semati dengannya. 
Rasulullah SAW menggelarkan dengan gelaran "sahabat" pada pengikut-pengikutnya kerana pertalian kemesraan yang begitu erat seolah-olah dua badan dalam satu nyawa. sehinggakan Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa ;
"sahabat-sahabat aku adalah seperti bintang-bintang di langit. mana satu yang kamu ikut kamu akan mendapat petunjuk."
Bagi sahabat antara satu sama lain boleh sandar-menyandar dan bahu-membahu. kalau seorang sahabat itu melakukan kesilapan samada kecil mahupun yang besar, sahabat yang lain kalaupun tidak mampu menegurnya, dia mendoakan khusus untuk sahabatnya itu.
kerana itu Sidina Umar ra berkata, "kiranya Allah mencurahkan rahmat kepada orang yang menunjukkan kepadaku tentang kekuranganku." ia bertanya kepada Salman Al-Farisi tentang kekurangan dirinya. ketika Salman datang bertemu Saidina Umar, lalu beliau bertanya, "apakah yang engkau tidak sukai tentang diriku?" Salman meminta untuk tidak menanyakan tentang hal itu kepadanya tetapi Saidina Umar tetap mendesaknya juga.
Berkatalah Salman, "sampainya berita padaku bahawa engkau mengumpulkan dua makanan di atas satu meja makan. engkau mempunyai dua tempat, suatu tempat siang dan suatu tempat malam". kemudian Saidina Umar bertanya lagi, "adakah sampai kepada engkau yang lain daripada itu?" Salman menjawab "tidak".
kemudian hal dirinya ditanya kan kepada Abu Huzaifah Al- Ghiffari. "engkau teman rahsia Rasulullah SAW mengenai orang-orang munafik. apakah engkau melihat pada diriku sifat nifak (munafik) itu? " mengapa Saidina Umar ra bertanyakan begitu? sedangkan beliau adalah manusia yang berakhlak mulia dan tegas kepimpinannya. namun begitu beliau tetap mencari kecelaan dirinya yang belum dianggap sempurna sebagai hamba Allah SAW.
begitu juga halnya seorang sufi Daud Ath Thaai yang didapatinya ramai manusia yang menyembunyikan kecelaan dirinya lalu ia jauhkan dirinya dari manusia-manusia itu. lalu orang bertanya kepadanya. "mengapa engkau tidak bercampur gaul dengan masyarakat? " maka jawabnya "apakah yang akan aku perbuat dengan golongan manusia itu, yang menyembunyikan daripada kekuranganku."
inilah kehidupan seorang sufi yang begitu berdukacita sekiranya kekurangannya yang terdapat pada dirinya tidak ada yang mahu menegurnya. lalu kita bagaimana? bukan sahaja tidak mahu mencari kekurangan diri. malah mengintai-ngintai pula kesalahan orang lain.
3) Mendengar kata musuh 
cara ini dapat membiarkan kita kenal akan keaiban diri kita. musuh selalunya akan berkata tentang kelemahan dan keaiban kita yang sebenar-benarnya. ini kerana yang sentiasa mengintai dan mencari-cari kesalahan kita adalah pihak musuh. ambillah peluang untuk memperbetulkan diri daripada seorang musuh.
4) Bergaul dengan masyarakat
dalam bergaul dengan masyarakat kita akan kedapatan pelbagai ragam dan tabiat manusia. lebih-lebih lagi di akhir zaman ini akhlak masyarakat telah rosak. di mana sahaja kita akan terlihat suasana kerosakan. dengan ini kita akan dapat menilai dan mengenali di tahap mana akhlak kita sekarang? terlalu banyak untuk diperbaiki dan diperhidupkan kembali sifat2 yang mahmudah. oleh itu, dengan bergaulnya kita dengan masyarakat, kita akan pelajari pelbagai daripada keaiban dan keburukan orang yang mungkin saja kita juga turut lakukannya. 
          wallahua'alam. semoga Allah meredhai kita semua dalam mencari-cari keaiban diri. yang kurang itu datangnya dari insan yang menaip ini dan kelebihannya adalah kepunyaan Allah SWT semata-mata. :)

3 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Ghuraba' Generation berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.