Selasa, 11 Disember 2012

Cemburunya KAMi pada kamu

Angin di pagi yang hening, merawat segala keresahan dan kedukaan hati. Tiba-tiba hati disusup-sasap pula dengan indahnya awek-awek Palestin memang terlalu jauh bezanya dengan awek-awek Malaysia. 
kemiskinan dan kekejaman manusia tidak langsung dijadikan penghalang untuk terus mencandui ilmu Allah bahkan bertambah gila mereka terhadap ilmu. betapa konkritnya hati mereka terhadap kekejaman dunia.

sayu melihat gadis-gadis Malaysia yang kebanyakannya hanya sibuk menjadi hamba pada cinta dunia.
perasaan cemburu menebal terhadap para siswi Palestin yang imannya menebal setiap hari. semakin digertak semakin kuat. namun kita? digertak sedikit sudah goyah, bukan hanya goyah malah terus rebah. apakah sama kita dengan mereka?

MUSLIMAT PALESTIN dan MUSLIMAT MALAYSIA
  • menghafaz 30 juzuk Al-Quran sedangkan kita? satu surah pun liat nak menghafaznya apa lagi nak memahami isi kandungannya.
  • mata dan bulu matanya yang cantik digunakan untuk melihat ayat-ayat suci Al-Quran namun kita hanya menggunakannya untuk melihat kesalahan-kesalahan manusia di sekeliling kita dan keghairahan dengan FB dan TWITTER
  • mereka tidak pernah takut untuk berkubang dengan darah dan gian akan kematian dalam syahid tetapi kita darah yang sedikit juga sudah mahu pengsan dan juga terlalu takut kalau-kalau Allah mengambil nyawa kita.
  • mereka tidur hanya berlapikkan lengan sedang kita dibuai mimpi lena di atas katil yang tebalnya tidak kurang 10 inci sehingga membuatkan kita malas untuk bangun tahajjud
  • ulas bibir yang manis digunakan sepenuhnya untuk berzikir dan mebaca Al-Quran padahal kita gunakan hanya pada berbual-bual kosong tanpa manfaatnya.

kita dan mereka bagaikan kejora dengan Marikh. jauh sekali perbezaannya. tidak hairanlah para bidadara tidak sabar menanti kehadiran mereka,sayang... tapi masih belum terlambat untuk kita mengikut jejak langkah mereka. punya jiwa yang kental dan kuat seperti mereka dalam menegakkan agama Allah ini.
bakal Asma', bakal Aisyah, bakal Khadijah sekalian. jom sama-sama kita ikut sikit demi sedikit tingkah laku mereka :) cemburunya kita pada mereka. semoga bidadara syurga turut menanti kepulangan kita :D

Tiada ulasan: